Lawatan YB Dato' Haji Ahmad Maslan, Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia


Perjumpaan Khas bersama YB Dato' Haji Ahmad Bin Maslan, Pengerusi Biro IT UMNO Malaysia pd 21 Jan (sabtu) jam 4.30ptg di Bilik Bunga Raya, Kompleks UMNO Bahagian Kuala Selangor.







Takziah YB Kamarol Zaki Abdul Malik


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Selangor, YB Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia di kediamannya, di Kampung Sungai Air Tawar, pagi tadi.

Allahyarham ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Utusan Online melaporkan, Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya kepada Utusan Online.

Allahyarham yang berusia 59 tahun adalah timbalan ketua Umno Sabak Bernam dan ketua Umno cawangan Sungai Air Tawar.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengalahkan calon PAS Wahid Rais dengan majoriti 1,416 undi.

Sementara itu, pemandunya Mohd Sufaat Salimin dipetik Bernama berkata, kematian Kamarol Zaki disedari kira-kira pukul 8 pagi ketika beliau mahu mengambilnya untuk menghadiri satu program di kawasan DUN berkenaan hari ini.

Menurut Mohd Sufaat, menyedari Allahyarham tidak keluar dari kediamannya, beliau terpaksa bertindak memecahkan pintu dan menemui Kamarol Zaki terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya.

Allahyarham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Air Tawar.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kematian Kamarol Zaki, namun tidak dapat memberikan maklumat lanjut ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungam UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata, UMNO Selangor kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat. Noh merakamkan ucapan takziah kepada semua anggota keluarga dan kepimpinan UMNO Sabak Bernam atas pemergian Allahyarham.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula berkata Allahyarham dikenali sebagai seorang yang peramah dan sentiasa aktif dalam perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sewaktu hayatnya.

Penduduk Taman Seri Kuantan Terima Dewan Baharu


Penduduk Taman Seri Kuantan, Kg. Kuantan terima sebuah dewan baharu bagi menggantikan dewan lama yang kekurangan.

Projek dari Kerajaan Persekutuan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Taman untuk menjaga dan menguruskannya.




Kerjasama LKIM dengan TLDM, APMM jaga keselamatan nelayan


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan bekerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi menjaga keselamatan nelayan di perairan negara.

Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata langkah itu diambil bagi mengelak nelayan tempatan diganggu oleh nelayan asing, yang didakwa dilatih separa tentera, yang sering mencerobohi perairan Malaysia.

"Pencerobohan nelayan asing itu mengganggu sumber pendapatan dan keselamatan nelayan tempatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Baca lagi...[KLIK SINI]

Kg Sepakat: Ramzi & Syawal Terima Rumah PBR


En. A. Ramzi dan En. Syawal, pemilik rumah telah menerima rumah mereka untuk Program Bantuan Rumah (PBR) daripada Kerajaan Persekutuan di Kg. Sepakat, Kuala Selangor.

Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada mereka sekeluarga.



Pam Air baru Sedia Hadapai Limpahan Air Luar Jangka


Pam air sudah dipasang oleh JPS Kuala Selangor untuk langkah-langkah persediaan menghadapi limpahan air luar jangka di Kunci Air Teluk Piai.

Untuk makluman, Kunci Air Teluk Piai telah rosak dan menyebabkan kawalan air pasang surut tidak berfungsi seperti biasa.

Sekiranya air naik berlebihan, mengakibatkan kawasan Teluk Piai sehingga Bandar Baru dinaiki air.

YB Tuan Jakiran Jacomah, ADUN Bukit Melawati hadir melihat sendiri persiapan yang dibuat.

Takziah buat keluarga Tan Sri Adenan Satem




    KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,72, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

    Menerusi Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham.

    "Takziah kepada Puan Sri Jamilah kepada keluarga dan rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem,". Al-Fatihah," tulisnyaAdenan yang juga merupakan Adun Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014 mengantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Abdul Taib mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari tahun tersebut, selepas mengemudi Sarawak selama 33 tahun.

    Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya, kerjaya politiknya bermula pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dun kawasan Muara Tuang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan.

    Dilaporkan beliau memenangi kesemua kerusi negeri dan Parlimen sehinggalah kemuncaknya beliau diangkat menjadi Ketua Menteri.

    Adenan mendapat pendidikan sehingga ke menara gading, beliau menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.

    Adenan sebelum menjadi Ketua Menteri, pernah bertugas sebagai guru,majistret, wartawan dan penasihat perundangan.

    Sinar Harian melahirkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

    Medan Ikan Bakar Pantai Jeram: Undian Karnival Bolasepak Bawah 2



    Alhamdulillah di Zurich malam tadi, jaringan gol Mohd Faiz Subri memenangi FIFA Puskas Award 2016, pentas prestij bolasepak dunia manakala di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram pula berlangsung dengan jayanya undian Karnival Bolasepak Bawah 21 Tahun Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Selangor (PBDKS) membuka tirai kalendar 2017. 

    YB Dato Hj Amiruddin Setro Jeram, YDP PBDKS dan YB Jakiran Jacomah, Timbalan YDP PBDKS turut hadir menyaksikan majlis undian 16 pasukan yang akan bertanding pada Sabtu 14 Januari ini di Stadium Bolasepak Kuala Selangor, In Shaa Allah.

     Jom bersama-sama kita saksikan...